Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-29 16:14:25    
Beijing Mencegah dan Merawat pesakit AIDS

cri
Sebelum sambutan "Hari AIDS Sedunia" pada 1 Disember, Beijing telah melaksanakan beberapa aktiviti untuk mempopularkan pengetahuan pencegahan dan rawatan pesakit AIDS. Encik Jin Dapeng, Ketua Pengarah Biro Kesihatan Bandar Beijing dalam aktiviti itu memaklumkan wartawan CRI, kerajaan Beijing berpendapat usaha pencegahan dan rawatan pesakit AIDS sangat penting, selain melaksanakan projek pencegahan dan rawatan pesakit AIDS, kerajaan juga mengadakan aktiviti pempopularan pengetahuan untuk mencegah perebakan penyakit tersebut.

Seramai kira-kira 37 juta orang menghidap AIDS di seluruh dunia. Pada masa ini, China mempunyai pesakit AIDS seramai kira-kira 80 ribu orang dan yang dikesan pembawa HIV positif dianggarkan seramai 840 ribu orang. Walaupun nisbah pesakit AIDS antara jumlah keseluruhan penduduk China agak rendah, tetapi jumlahnya menduduki tempat ke-2 di Asia dan tempat ke-14 di dunia.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pesakit AIDS dan pembawa HIV positif semakin ramai di Beijing. Untuk mencegah perebakan AIDS, kerajaan Beijing telah mengadakan banyak aktiviti pempopularan pengetahuan pencegahan dan pendidikan penyakit AIDS. Sebelum sambutan "Hari AIDS Sedunia" tahun ini, kerajaan Beijing akan mengadakan aktiviti pempopularan pengetahuan pencegahan dan rawatan AIDS di satu kawasan lapang di pusat bandar. Encik Jin Dapeng, Ketua Pengarah Biro Kesihatan Bandar Beijing berkata, "Terdapat kecenderungan penyakit AIDS akan merebak di kalangan rakyat biasa. Sebagai ibu negara China, Beijing sedang berada di satu tahap penting untuk mencegah dan merawat pesakit AIDS. Jika kerajaan tidak bertindak serius, AIDS akan mengancam kesihatan kami. Kami mengadakan aktiviti ini sempena sambutan 'Hari AIDS Sedunia', matlamatnya adalah untuk memperingatkan pengetahuan seluruh masyarakat China bersama-sama mengatasi penyakit AIDS."

Encik Jin Dapeng memaklumkan bahawa kerajaan Beijing menumpukan perhatian serius terhadap kerja pencegahan dan rawatan pesakit AIDS pada beberapa tahun kebelakangan ini, dan menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan dan Rawatan Pesakit AIDS serta telah menggubal dasar dan program menangani pencegahan dan rawatan pesakit AIDS. Mulai pertengahan tahun kedua tahun ini, kerajaan Beijing menyediakan kondom secara percuma di tempat awam, menyediakan rawatan methadone terhadap penagih dadah, menubuhkan pusat menukar jarum yang bersih dan lain-lain. Matlamatnya adalah untuk memutuskan saluran perebakan AIDS melalui seks dan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah.

Selain itu, kerajaan Beijing juga menyediakan rawatan percuma dan bantuan kewangan kepada pesakit AIDS yang miskin, dan mengecualikan anak mereka daripada membayar yuan sekolah.

Seramai lebih seribu atlet maraton menyertai aktiviti "Hari AIDS Sedunia" yang diadakan di pusat bandar raya Beijing. Encik Yu Dejiang, atlet maraton yang berumur lebih 50 tahun pernah menyertai beberapa kali aktiviti maraton untuk mempopularkan pengetahuan pencegahan dan rawatan pesakit AIDS. Beliau berkata, "Aktiviti ini sangat bagus bagi setiap keluarga dan masyarakat. Ia berfaedah bagi kami mengetahui AIDS dan meningkatkan kesedaran mencegah dan merawat pesakit AIDS. Melalui usaha mempopularkan pengetahuan penyakit itu, kami telah menguasai banyak pengetahuan AIDS".

----AZMI