Menurut berita CRI, Menteri Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Aset Milik Negara China, Li Rongrong hari ini di Beijing menyatakan rangka penyeliaan dan kawalan aset milik negara telah diwujudkan di China selepas subsektor itu ditubuhkan di 31 provnisi, bandar dan wilayah autonomi.
Li Rongrong dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini berkata pembaharuan sistem penyeliaan dan kawalan aset milik negara telah mendorong usaha pembaharuan sistem saham di perusahaan besar mencapai kemajuan.
|