Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas pertubuhan ASEAN. Dasar negara itu sentiasa selaras dengan integrasi ekonomi serantau, kerajaan Malaysia mendorong dengan aktif kerjasama ekonomi dan perdagangan rantau Asia Tenggara dan Asia Timur dan memainkan peranan penting untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan pembangunan Zon Perdagangan Bebas serantau.
Malaysia kaya dengan sumber alam, jumlah pengeluaran dan eksport kelapa sawit, minyak, gas asli, getah, timah menduduki kedudukan tertentu di dunia. Pada tahun 1970-an, kerajaan Malaysia menyusun semula struktur ekonomi, memindahkan sejumlah besar pelaburan asing, kemudahan dan teknologi maju, membentuk industri pembuatan komponen elektronik dan peralatan elektrik dan meletakkan asas bagi mewujudkan industrialisasi negara.
Perdagangan dengan luar merupakan bidang utama ekonomi nasional Malaysia. Jumlah import-eksport Malaysia berjumlah 181.4 bilion dolar Amerika dan KDNK perkapita mencatat 3904 dolar Amerika pada tahun 2003.
Kerajaan Malaysia sentiasa menganjurkan peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan. Pemimpin negara itu banyak kali menyatakan, peningkatan kerjasama ekonomi serantau merupakan cara penting untuk mewujudkan perkembangan ekonomi secara berterusan dan menghadapi cabaran globalisasi. Dalam tempoh banyak tahun lalu, kerajaan Malaysia mengambil tindakan untuk mendorong pembangunan Zon Perdagangan Bebas ASEAN.
Untuk melaksanakan perjanjian tarif keutamaan Zon Perdagangan Bebas ASEAN, kerajaan Malaysia telah mengurangkan tarif dan membatalkan beberapa sekatan perdagangan bukan tarif menurut jadual berkaitan.
Sebagai negara perdagangan besar ke-18 di dunia, Malaysia memperoleh keuntungan yang banyak daripada proses perdagangan bebas serantau. Negara-negara ASEAN merupakan rakan perdagangan penting Malaysia. Pada tahun yang lalu, jumlah eksport barangan Malaysia ke negara-negara anggota pertubuhan itu melebihi 25.9 bilion dolar Amerika, meningkat 7% daripada tahun 2002.
Selain itu, Malaysia juga mendorong pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Jumlah perdagangan China-Malaysia meningkat kepada 20.128 bilion dolar Amerika pada tahun 2003 daripada 368 juta dolar Amerika pada tahun 1985.
|