Wartawan CRI melaporkan bahawa jurucakap Kementerian Perdagangan China, Encik Chong Quan ketika diwawancara oleh wartawan hari ini, China dan ASEAN telah menandatangani perjanjian zon perdagangan bebas di Laos, ia amat bererti bagi mengembangkan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala dan akan membawa pengaruh positif bagi menjana proses integrasi ekonomi rantau Asia.
Dimaklumkan, berdasarkan perjanjian itu, mulai 1 Julai 2005, China dan negara ASEAN akan memulakan proses mengurangkan tarif perdagangan menurut jadual yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak.
|