Naib Menteri Kesihatan China Encik Gaoqiang menyatakan baru-baru ini bahawa China akan meningkatkan pemeriksaan dan rawatan terhadap pembawa HIV positif, mengambil tindakan untuk mencegah perebakan penyakit AIDS.
Semasa memaklumkan kepada pegawai khas PBB tentang tindakan pencegahan dan rawatan pesakit AIDS di China, Encik Gaoqiang menyatakan, untuk mengesan pembawa HIV positif dan pesakit AIDS, jabatan kesihatan China telah melaksanakan pemeriksaan darah para penjual darah di seluruh negara, di samping itu bekerjasama dengan badan kehakiman dan keselamatan awam untuk melaksanakan pemeriksaan terhadap penjenayah yang ditahan di pusat pemulihan dadah, penjara dan pusat pendidikan.
Kumpulan Khas PBB tentang Penyakit AIDS di China telah ditubuhkan pada tahun 1996. Kumpulan itu bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan China mengumumkan laporan penilaian tentang pencegahan dan rawatan pesakit AIDS di China pada tahun 2003.
Encik Gaoqiang menyatakan, pencegahan dan rawatan pesakit AIDS di China memerlukan perhatian dan sokongan masyarakat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, kerajaan China telah memainkan peranan yang penting dalam usaha pencegahan dan rawatan pesakit AIDS membangunkan sistem kesihatan awam dunia.
Menurut beliau, China telah meningkatkan pemantauan terhadap penularan penyakit AIDS, memantapkan sistem laporan penyakit itu. Setakat ini, sebanyak 194 pusat kawalan penyakit AIDS peringkat negara, lebih dua ribu makmal pemeriksaan HIV positif, 49 makmal ujian penyakit AIDS telah ditubuhkan di China, jaringan pencegahan, rawatan dan pemantauan penyakit AIDS telah dibentuk.
Pegawai Kumpulan Khas PBB itu menyanjung tinggi tindakan pencegahan dan rawatan pesakit AIDS yang dilaksanakan oleh China. Kumpulan itu akan terus meningkatkan kerjasama dengan pihak China dalam pelbagai bidang seperti kawalan, rawatan dan penilaian projek penyakit AIDS dan lain-lain untuk bersama-sama menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha pencegahan dan rawatan pesakit AIDS.
----Ching
|