Wartawan CRI melaporkan bahawa 1 Disember ialah "Hari AIDS Sedunia" ke-17. Presiden China Hu Jintao semalam berkunjung ke Hospital You An Beijing untuk menziarahi pesakit AIDS yang dirawat di sana. Beliau berkata, seluruh masyarakat China harus meningkatkan usaha pencegahan dan rawatan pesakit AIDS, memerhatikan dan membantu dengan ikhlas pesakit AIDS.
Hu Jintao menuntut kerajaan pelbagai peringkat menyediakan dasar melaksanakan pelbagai tindakan untuk membantu dan merawat pesakit AIDS, memberi bantuan kepada mereka, memelihara hak dan kepentingan sah mereka, menyelesaikan kesukaran yang mereka hadapi.
Pejabat Suruhanjaya Kerja Pencegahan dan Rawatan Pesakit AIDS Dewan Negara China dan Kumpulan pegawai PBB yang menangani Masalah Penyakit AIDS di China semalam telah mengeluarkan Laporan Penilaian Pencegahan dan Rawatan Pesakit AIDS di China Tahun 2004. Dalam laporan itu dinyatakan, setakat Disember 2003, di China terdapat kira-kira 840 ribu orang pembawa HIV positif, pada 9 bulan pertama tahun ini, selain itu lebih 29 ribu orang lagi dijangkiti virus HIV, jumlah itu telah bertambah hampir 40% berbanding tahun 2003.
|