Wartawan CRI melaporkan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Perbankan China, Liu Mingkang menyatakan di Beijing hari ini, China akan meningkatkan lagi buka pintu sektor perbankan.
Dalam sidang akhbar diadakan di Beijing, Liu Mingkang berjanji, suruhanjaya itu akan mengambil tindakan berkesan untuk menyediakan suasana yang baik bagi perkembangan bank pelaburan asing di China.
Beliau berkata, Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Perbankan China akan memperluas sektor urus niaga badan kewangan pelaburan asing mengelolakan mata wang RMB, memudahkan proses permohanan badan kewangan pelaburan asing menubuhkan cawangannya di China.
|