Menurut Agensi Berita Xinhua, jurucakap Kedutaan A.S. di China, Sheila Paskman menyatakan di Beijing hari ini, kerajaan A.S. akan terus memberi sokongan terhadap usaha pencegahan dan rawatan pesakit AIDS di China.
Beliau menyatakan, sejak tahun 2003 kerajaan A.S. telah menyumbang bantuan kewangan kepada China untuk mencegah dan merawat pesakit AIDS, sehingga tahun 2007, jumlah sumbangan itu akan mencapai 35 juta dolar Amerika.
Serentak itu, saintis A.S. dan China sedang bekerjasama menjalankan penyelidikan penyakit AIDS untuk mengeluarkan vaksin dan cara rawatan penyakit AIDS.
|