Wartawan CRI melaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Pengawalan Sekuriti China Encik Shang Fulin menyatakan, China akan mendorong penubuhan mekanisme ganti rugi tatacara awam pasaran modal yang berkesan supaya para pelabur dapat mendorong pelbagai pihak bersikap jujur dan melaksanakan perniagaan mereka melalui mekanisme tersebut.
Shang Fulin dalam Seminar "Forum Pasaran Modal dan Pengelolaan Syarikat" yang diadakan di Beijing berkata, China akan meningkatkan penyeliaan dan kawalan terhadap syarikat-syarikat China, mendorong syarikat tersebut melengkapkan struktur pengelolaan pasaran dalam dan luar syarikat tersebut serta mendorong meningkaktan kualiti syarikat tersebut dan memelihara hak pemegang saham yang sah.
|