|
Naib Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan China Encik Zhu Lieke di bandar Zhangzhou Provinsi Fujian baru-baru ini menyatakan, industri bunga China berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri bunga telah menjadi industri baru yang menarik perhatian kerajaan dan perusahaan, prospek perkembangannya cerah.
Demikian dinyatakan oleh Encik Zhu Lieke dalam Ekspo Bunga Keenam Kedua-dua Pantai Selat Taiwan yang diadakan baru-baru ini. Industri bunga merupakan salah satu industri yang penuh dinamik di sejagat, berdasarkan statistik Persatuan Pengeluar Hortikultur Antarabangsa, nilai pengeluaran bunga sedunia mencatat kira-kira 75 bilion Euro pada tahun 2003. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri bunga China juga berkembang pesat. Setakat akhir tahun 2003, keluasan tanaman bunga di China mencatat 430 ribu hektar, jumlah jualan bunga mencatat 35.3 bilion Yuan RMB, jumlah import-eksport bunga mencatat 96 juta 800 ribu Dolar Amerika. China mempunyai 2185 buah pasaran jualan bunga dan lebih 60 ribu buah perusahaan pengeluar bunga dengan jumlah pekerja mencatat lebih 2.93 juta orang dan 960 ribu keluarga petani yang menanam bunga.
Pegawai Biro Perhutanan Negara Encik Guo Tao memberitahu wartawan, sejak dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan, industri bunga berkembang di China. Industri bunga berkembang pesat di kawasan disepanjang pantai dan di bahagian selatan China yang iklimnya sesuai pertumbuhan bunga. Manakala di kawasan bahagian barat dan utara China, industri bunga berpotensi berkembang yang pesat. Disebabkan syarat ekologi alam sekitar di kawasan tersebut bermanfaat bagi pelbagai jenis bunga yang bercirikan tempatan. China pasti akan menjadi negara pengeluar bunga yang terbanyak di dunia pada masa depan.
Provinsi Fujian telah menjadi pangkalan pengeluar bunga penting di China. Berdasarkan statistik, keluasan penanaman bunga berjumlah 11.506 hektar di seluruh provinsi itu pada tahun 2003, jumlah jualan bunga mencatat 1.744 bilion Yuan RMB, antaranya jumlah eksport bunga mencatat 15.58 juta dolar Amerika.
----Ching
|