Menurut Berita Harian Ren Min Ribao, sekarang China sudah menjalankan ujian benih tumbuhan di angkasa lepas. Baru-baru ini, Institut Fizik Teknologi Ruang Angkasa Lanzhou China telah menyerahkan benih pokok yang pernah diletakkan dalam satelit ke-20 China yang berjaya ke bumi kepada Biro Perhutanan Provinsi Ganzu untuk penyelidikan.
Pakar China menyatakan, ini merupakan pertama kali benih pokok antikekeringan diletakkan dalam satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas untuk tujuan penyelidikan memperbaiki pembangunan ekologi kawasan barat laut China. Pada masa ini hanya A.S. dan Rusia berkemampunan menjalankan ujian pertanian menggunakan teknologi penerbangan angkasa lepas.
|