Menurut Agensi Berita Xinhua, pegawai Bahagian Kerjasana Antarabangsa, Sains dan Teknologi Kementerian Sumber Air China, Meng Zhimin mendedahkan baru-baru ini bahawa setakat kini, sektor tali air China telah menggunakan moda asing berjumlah lebih 5 bilion dolar Amerika.
Dalam seminar penggunaan modal asing dalam sektor tali air China yang diadakan di kota Zhengzhou, bahagian tengah China, Meng Zhimin berkata, menggunakan modal asing dengan skop besar telah mempercepat pembinaan sektor tali air China dan telah menyokong penggubalan dasar kawalan tali air, perkembangan sains dan teknologi dan pembaharuan sistem kawalan air.
|