Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-03 13:09:05    
Kerajaan Bandar Shanghai Tingkatkan Bantuan kepada Kawasan Bahagian Barat China

Agensi Berita Xinhua China

Kerajaan Bandar Shanghai melatih tenaga profesional pengurusan yang diperlukan di kawasan bahagian barat China dengan melaksanakan projek latihan 2 hingga 3 kali setiap tahun; dalam projek tersebut, pakar, sarjana, usahawan, doktor falsafah, pelajar yang pernah melanjutkan pelajaran di luar negara melaksanakan aktiviti seperti memberi kuliah, khidmat nasihat dan pertukaran profesional dalam bidang pembangunan projek, penyelidikan teknologi, penyusunan semula perusahaan di kawasan barat China, perkongsian maklumat dalam projek pemeriksaan. Pada masa dahulu, kerajaan bandar Shanghai memberi bantuan kewangan dan melaksanakan kerjasama projek dengan kawasan di bahagian barat China, sekarang, mereka memberi bantuan kepakaran dan melaksanakan kerjasama tenaga profesional dengan kawasan di bahagian barat China.

"Memorandum Pertukaran Kerjasama Pembangunan Tenaga Profesional 2005-2007" telah ditandatangani antara badan personel bandar Shanghai dengan badan personel di 8 bandar kawasan bahagian barat China.

Ketua Pengarah Bahagian Pertukaran dan Pembangunan Tenaga Profesional Kementerian Personel China Bi Xuerong menyatakan, "kerajaan bandar Shanghai buat kali pertama mengemukakan rancangan membentuk "mekanisme tenaga profesional" yang saintifik di kawasan bahagian barat, membantu kawasan itu berkembang secara berterusan dan menyediakan jaminan kekaparan untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi seimbang antara kawasan timur dengan kawasan barat China."

Tenaga profesional merupakan faktor penting perkembangan sosioekonomi. Antara penduduk tetap yang berjumlah 13 juta orang di bandar Shanghai, orang Shanghai tidak sampai 10%. Sejumlah besar tenaga profesional dari pelbagai tempat di China berkumpul di bandar Shanghai, membangunkan Shanghai menjadi bandar raya antarabangsa yang moden.

Naib Datuk Bandar Shanghai Encik Feng Guoqin menyatakan, perkembangan bandar Shanghai bergantung pada bantuan pelbagai tempat di China. Sehubungan dengan itu, Shanghai harus menyediakan perkhidmatan kepada seluruh negara, khususnya kawasan bahagian barat.