Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-03 14:50:13    
Penjimatan: Pilihan Strategi Atasi Kekurangan Sumber Tenaga

Agensi Berita Xinhua China

Berdasarkan anggaran bekalan sumber tenaga di China, sebelum tahun 2020, jika Keluaran Dalam Negara Kasar Negara ini meningkat lagi dua kali ganda dan penggunaan sumber tenaga turut meningkat dua kali ganda, China akan mengalami kesukaran untuk menjamin bekalan sumber tenaganya. Tambahan pula, penggunaan sumber tenaga yang tinggi dalam sector industri dalam proses modenisasi negara akan menjejaskan alam sekitar.

Kerajaan pusat China telah menyedari masalah tersebut dan mengemukakan pandangan pembangunan saintifik secara menyeluruh, selaras dan berterusan. Beberapa tindakan kawalan makro ekonomi yang dilaksanakan oleh negara China telah mengatasi masalah industri China menggunakan sumber tenaga yang terlalu tinggi dan berkembang dengan terlalu cepat dengan menggalakkan penyusunan semula struktur ekonomi nasional.

Dewan Negara China telah memutuskan bahawa mulai tahun ini, mengadakan aktiviti penjimatan sumber tenaga di seluruh negara dalam tempoh 3 tahun akan datang agar dapat secara menyeluruh menggalakkan penjimatan sumber tenaga, bahan mentah, air dan tanah serta penggunaan sumber tenaga secara sepadu.

----AZMI


1  2  3