|
Berdasarkan maklumat dari Forum Kebangsaan Pertukaran Cara Peningkatan Pendidikan di Kawasan Kediaman Penduduk China kedua yang ditutup di Nanjing baru-baru ini, kerajaan di lebih 50 bandar China telah mengemukakan akan meningkatkan pendidikan di kawasan kediaman penduduk. Ini merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan kualiti penduduk awam, keupayaan inovasi sosial dan membentuk masyarakat yang harmoni.
Dalam Forum itu, wakil dari 54 kawasan kediaman penduduk di 29 bandar antaranya Beijing, Shanghai, Chongqing, Shenzhen dan Chengdu mengadakan pertukaran dan perbincangan tentang, butiran dan sistem baru meningkatkan pendidikan di kawasan kediaman penduduk. Berdasarkan pengalaman di pelbagai tempat, pendidikan di kawasan kediaman penduduk yang mula berkembang pesat pada tahun 1990an, telah menjadi asas penting bagi kerajaan China meningkatkan pendidikan di kalangan rakyat dan tugas utama peningkatan pembangunan di kawasan kediaman penduduk.
Kerajaan Distrik Xuanwu Bandar Nanjing mengatur semula perancangan untuk meningkatkan pendidikan di kawasan kediaman penduduk, mempertahankan dasar mengutamakan kepentingan rakyat, meningkatkan pendidikan di kawasan kediaman penduduk dengan pelbagai cara seperti "menyediakan pendidikan yang diperlukan oleh penduduk awam", "menyediakan pendidikan di tempat yang sesuai dengan keperluan penduduk awam" dan "Menyediakan pelbagai cara pendidikan kepada pendududk awam", menyediakan pendidikan seumur hidup kepada pelbagai golongan penduduk seperti kanak-kanak, anggota keluarga, remaja, menyediakan pendidikan dan latihan kepada penganggur dan penduduk yang sentiasa berpindah tempat kediaman dan tempat kerja. Para penduduk awam telah meningkatkan keupayaan survival, kualiti hidup dan keupayaan inovasi dan daya kreatif setelah mendapat pedidikan tersebut. Seramai lebih 10 ribu penganggur telah mendapat latihan di pangkalan pendidikan Distrik Xuanwu pada tahun yang lalu, seramai 16.5 ribu orang dicadangkan untuk bekerja dan 37 kawasan jaminan kerja telah dibentuk di distrik itu.
Untuk meningkatkan pendidikan di kawasan kediaman penduduk, sistem menyediakan pendidikan seumur hidup dan jatah penilaian yang bercirikan telah menyediakan pendidikan kepada semua penduduk telah dibentuk di banyak bandar, pelbagai pertubuhan pendidikan telah dibentuk untuk menarik lebih ramai orang mengikuti pelbagai kursus pelajaran. Di distrik Zhabei bandar Shanghai, pegawai berkaitan masuk pelbagai kursus pelajaran, tempat, masa dan butiran kursus latihan tersebut ke dalam "Panduan Pelajaran di Kawasan Kediaman Penduduk" untuk membolehkan para penduduk tempatan mengikuti kursus tersebut. Warung Teh Kebudayaan Hari Ahad di kawasan kediaman penduduk itu dibuka untuk penduduk pekak melaksanakan pertukaran pelajaran. Warung itu digelar sebagai "Salon Tanpa Suara" dan menarik ramai orang pekak di tempat lain. Manakala di distrik Zhonglou di bandar Changzhou, peluang pelajaran disediakan kepada pelbagai golongan penduduk tempatan menerusi "Laman Web Pelajaran", "Forum Lorong" dan "Sekolah Malam Penduduk Awam Baru" telah mendapat sambutan para penduduk kerana butiran pelajaran tersebut banyak. Pada tahun yang lalu, sebanyak lebih 300 kurusus telah dibuka di Sekolah Malam Penduduk Awam Baru, pelajar utama di sekolah itu ialah buruh tani yang bekerja di projek, seramai hampir 20 ribu buruh yang bekerjanya menyertai kursus tersebut.
----Ching
|