Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China mempercepat langkah membentuk sistem insurans hayat, sistem perubatan kerjasama dan menyediakan bantuan kepada golongan kurang upaya di desa China.
Berdasarkan kertas putih "Keadaan dan Dasar Jaminan Sosial China" yang diumumkan pada bulan September tahun 2004, pada akhir tahun 2003, kerajaan telah melaksanakan sistem insurans hayat di desa pada tahap yang berlainan di 1870 kaunti, bandar dan daerah di China, seramai 54.28 juta orang terlibat dalam skim insurans itu. Kerajaan telah menyediakan dana sebanyak 25.9 bilion Yuan RMB untuk tabung insurans tersebut, kerajaan juga menyediakan 1.98 juta untuk tabung pencen para petani. Orang yang mendapat jaminan kehidupan tahap minimum dan bantuan kehidupan khas di desa mencatat 12.57 juta di seluruh negara. Pada tahun 2004, kerajaan China mulai melaksanakan sistem menganugerahkan hadiah dan menyediakan bantuan kepada beberapa keluarga yang mematuhi dasar perancang keluarga di desa: pasangan suami isteri yang hanya memilik seorang anak lelaki atau dua anak perempuan di desa akan memperoleh bantuan sebanyak 600 Yuan RMB setiap tahun setiap orang apabila mereka berusia 60 tahun, wang bantuan itu disediakan dalam tempoh sepanjang hayat mereka. Wang bantuan itu disediakan bersama oleh kerajaan pusat dan kerajaan tempatan.
Untuk menjamin keperluan perubatan asas petani, mengurangkan beban ekonomi dan menyelesaikan masalah petani mengalami kemiskinan kerana menghidap penyakit, kerajaan China mulai melaksanakan sistem baru perubatan kerjasama di desa pada tahun 2002. Usaha itu dipimpin oleh kerajaan, disertai secara sukarela oleh para petani, wang bantuan tersebut dikumpulkan oleh pelbagai pihak iaitu kerajaan, kolektif dan orang persendirian. Pada masa ini, usaha itu dilaksanakan secara percubaan di 310 kaunti dan bandar di 30 provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Setakat bulan Jun tahun 2004, seramai 68.99 juta orang menyertai usaha itu, dana sebanyak 3.02 bilion Yuan RMB telah dikumpulkan, antaranya, 1.11 bilion Yuan RMB disediakan oleh badan kewangan pelbagai peringkat tempatan, 390 juta Yuan RMB disediakan oleh badan kewangan pusat kepada kawasan di bahagian tengah dan barat China.
Pada tahun 1950-an, kerajaan China mulai melaksanakan sistem menyara golongan kurang upaya di desa. "Peraturan Menyara Golongan Kurang Upaya di Desa" dicadangkan oleh Dewan Negara China pada tahun 1994, menjamin warga tua, orang cacat dan kanak-kanak miskin di desa agar mereka mendapat makanan, pakaian, tempat tinggal, biaya perubatan dan mengikuti pendidikan wajib. Pusat warga tua telah ditubuhkan di pelbagai tempat untuk menyelesaikan masalah penjagaan beberapa warga tua kurang upaya. Pada akhir tahun 2003, golongan kurang upaya yang disara di seluruh negara berjumlah 2.545 juta orang, pusat warga tua berjumlah 24 ribu buah yang mampu menampung seramai 503 ribu orang tua.
Selain itu, kerajaan China menggalakkan sistem jaminan kehidupan tahap minimum di desa di tempat-tempat yang pertumbuhan ekonomi dan keadaan kewangannya tidak seimbang. Manakala di tempat-tempat yang tidak mempunyai syarat itu, prinsip "kerajaan memberi bantuan, dan konsep bantu-membantu dalam masyarakat, anak-anak menyara orang tua dan dasar mengawal penggunaan tanah pertanian" harus dilaksanakan, sistem bantuan kehidupan asas keluarga yang amat miskin harus dibentuk. Di samping itu, bantuan perubatan akan disediakan kepada golongan yang menghadapi kesukaran di desa. Setakat penghujung tahun 2003, orang yang mendapat jaminan kehidupan tahap minimum dan bantuan kehidupan khas di desa mencatat 12.57 juta di seluruh negara.
----Ching
|