Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-06 14:23:21    
Tingkatkan Taraf Kelola Syarikat Sektor Perbankan China

Agensi Berita Xinhua China
Pengerusi Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Bank China, Liu Mingkang mengumumkan, mulai 1 Disember, kawasan bagi badan kewangan pelaburan asing mengelolakan urusan mata wang RMB telah diluaskan kepada 5 kota termasuk Kunming, Beijing, Xiamen, Xian dan Shenyang, ini sudah menjadi perkara penting dalam lingkungan kewangan China yang amat menarik perhatian umum dalam seminggu yang lalu. Menurut janji menganggotai WTO, menjelang penghujung tahun 2006, China akan membatalkan semua sekatan kawasan dan pelanggan terhadap bank pelaburan asing. Masa pembaharuan bagi sektor perbankan China tidak banyak.

Kebanyakan bank pelaburan asing adalah bank komersial sistem saham yang beroperasi berdasarkan kelaziman antarabangsa, mereka mempunyai mekanisme membuat keputusan, penyeliaan dan pengelolaan mengikut pasaran, kawalan dalam badan perbankan kemas dan teratur dan bersesuaian dengan saing pasaran yang sengit. Membuka sektor perbankan kepada luar bermakna sektor perbankan China akan mentaati peraturan ekonomi pasaran yang dilaksanakan di arena antarabangsa. Bank pelaburan asing mempunyai mekanisme penjualan dan mekanisma kawalan risiko yang lengkap dan dana yang cukup banyak, mereka akan bersaing dengan bank China di pasaran China.

Pada penghujung tahun 2003, kerajaan China membuat keputusan strategi yang penting, memutuskan memilih Bank China dan Bank Pembinaan China menjalankan percubaan pembaharuan sistem saham dan memberi 45 bilion dolar Amerika simpanan antarabangsa kepada kedua-dua bank tersebut, ini menandakan pembaharuan sistem saham bank komersial milik negara China dimulakan.

Sekarang kedua-dua bank tersebut telah menubuhkan badan pengawalan syarikat saham menurut kelaziman antarabangsa, mengundang pengurus bank terkenal, menarik pengurus profesional dari pelbagai negara dan telah membaharui bidang rancangan strategi, kawalan risiko dan penggalakan pekerja.

Bank komersial milik negara China telah mencapai hasil peringkat awal dalam bidang mengurus syarikat. Baru-baru ini, Syarikat Penilaian Antarabangsa telah meningkatkan peringkat yang dinilai terhadap Bank China dan Bank Pembinaan China.

Pegawai Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Bank China berkata, seiring dengan taraf pengelolaan syarikat ditingkatkan, bank pelaburan asing dan bank China telah memasuki tahap baru yang bersaing, bekerjasama dan berkembang.