Kampung Yangzhuanghe terletak di kawasan pergunungan Taihang di Mukim Changping, Bandar Qinyang, Provinsi Henan, bahagian tengah China. Ia terdiri daripada 8 kampung kecil yang dihuni oleh penduduk seramai lebih 700 orang. Dalam tempoh jangka masa panjang yang lalu, kehidupan penduduk Kampung Yangzhuanghe agak miskin. Terdapat banyak batu giling di kampung tersebut yang digunakan untuk menggiling bahan makanan pada masa dahulu. Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China, banyak jalan baru mulai dibina dan industri perabot berkembang pesat sehingga memerlukan banyak kayu. Biasanya jika jumlah kayu tidak cukup, serbuk kayu turut digunakan sebagai pengganti. Ramai pembeli serbuk kayu dari bahagian selatan China mengadakan urus niaga di Kampung Yangzhuanghe disebabkan kampung itu mempunyai banyak batu giling dan sumber hutan. Kemudiannya banyak pokok sabun dan ranting leban berturut-turut dipotong dan digiling untuk menghasilkan serbuk kayu dan dijual di bandar. Penduduk Kampung Yangzhuanghe menjadi semakin kaya, tetapi gunung menjadi semakin tandus.
Batu giling serbuk kayu diumpamakan sebagai "ulat sutera" yang "makan' gunung hijau. Kampung Yangzhuanghe pernah mempunyai 40 batu giling serbuk kayu yang mampu menggiling kayu seberat kira-kira 40 tan setiap hari sehingga gunung hijau di kampung itu menjadi gunung tandus. Maka kerajaan tempatan menggubal peraturan melarang penggunaan batu giling serbuk kayu itu.
Pada masa ini, penduduk Kampung Yangzhuanghe tidak menggunakan lagi batu giling serbuk kayu lagi, dan mulai membina stesen hidroelektrik atau mengadakan perniagaan pelancongan. Kehidupan mereka menjadi semakin seronok dan nyaman.
Encik Yang Zhongyue, penduduk Kampung Yangzhuanghe yang berumur 63 tahun telah membina sebuah stesen hidroelektrik yang boleh menjana elektrik sebanyak 160 kilowatt, beliau berkata, "Pada masa dahulu, pendapatan kami bergantung kepada batu giling serbuk kayu. Sekarang pekerjaan itu sudah dilarang, kami tidak boleh hanya menunggu sahaja. Maka kami merancang membina stesen kecil hidroelektrik. Menjana kuasa di sungai Danhe bukan sahaja tidak mencemarkan alam sekitar, malah kami boleh memperoleh pendapatan yang lumayan. Seterusnya kami bersama-sama melabur 500 ratus ribu Yuan RMB membina stesen loji jana kuasa itu."
Encik Li Yingjian, Naib Ketua Biro Perhutanan Bandar Qinyang ketika mengenang kembali keadaan sewaktu penggunaan batu giling serbuk kayu mulai dilarang, berkata, "Pada masa itu, Kampung Yangzhuanghe mempunyai batu giling sebanyak 40 buah, biasanya 6 orang menebang pokok dan kira-kira sebanyak satu tan kayu digiling menggunakan sebuah batu giling setiap hari. Penebangan pokok di sini terlalu banyak. Setelah pokok-pokok tersebut ditebang, para penduduk turut menebang pokok di kawasan yang lebih jauh. Banyak hutan sudah musnah. Maka kerajaan melarang penduduk kampung itu menggunakan batu giling serbuk kayu itu dan mengarahkan mereka menanam semula pokok-pokok."
Cik Zhang, penduduk Kampung Yangzhuanghe berkata, "Saya berpendapat ekologi alam sekitar sudah bertambah baik setelah penggunaan batu giling serbuk kayu dilarang. Pada masa dahulu semasa batu giling serbuk kayu itu boleh digunakan, kami berasa sangat penat sekali dan menghadapi bahaya semasa menebang pokok di lereng gunung, yang paling dahsyat ialah menggiling serbuk kayu dalam bilik batu giling menyebabkan kami sukar bernafas. Apabila hujan, berlaku tanah runtuh dari lereng gunung. Kami berasa takut sekali. Sekarang keadaan sudah berubah, gunung menjadi hijau semula, air sungai jernih, burung semakin banyak dan pelancong juga semakin ramai."
----AZMI
|