Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan statistik terkini Jabatan Mesin dan Elektronik Kementerian Perdagangan China, dari bulan Januari hingga Oktober tahun ini, peningkatan eksport telefon bimbit China sangat pesat, jumlahnya telah melebihi 110 juta unit, meningkat 50% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Pasaran eksport telefon bimbit China meliputi 99 negara dan rantau di dunia, antaranya jumlah eksport telefon bimbit ke A.S., Hong Kong, Jerman, Singapura dan negara atau rantau lain menduduki 3/4 jumlah eksport keseluruhan produk tersebut.
|