Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-07 11:13:15    
Tokoh Industri Afrika-China Adakan Perbincangan

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita China, tokoh industri dan komersial dari negara Afrika yang menyertai "Seminar Tokoh Persatuan Industri dan Komersial China—Negara Afrika" semalam di Beijing telah mengadakan sidang perdagangan dan pelaburan dengan puluhan perusahaan China. Wakil perusahaan China dan tokoh industri dan komersial Afrika mengadakan pertukaran dan menandatangani beberapa perjanjian.

Naib Pengerusi Persatuan Penggalakan Perdagangan China Encik Liu Wenjie memaklumkan bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini, China telah membuka pasarannya kepada negara-negara Afrika, mengurangkan atau membatalkan hutang luar negara-negara tersebut dan mengecualikan tarif barangan eksport negara yang paling mundur sehingga amat menggalakkan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan China-Afrika.

Dimaklumkan bahawa pada masa ini, China telah menandatangani "Perjanjian Perdagangan Dua Hala" dengan 41 buah negara Afrika.