|
Menurut berita CRI, Akademi Sains China memaklumkan, dengan kerjasama saintis Eropah dan A.S., saintis China telah berjaya menyelesaikan kajian gen ayam. Ini merupakan pertama kali saintis berjaya melakukan kajian gen haiwan piaraan.
Encik Yu Jun dari Jabatan Kajian Gen Beijing yang pernah menyertai kajian tersebut memaklumkan bahawa hasil kajian itu akan memainkan peranan penting dalam pengubatan penyakit ayam dan memperbaiki baka ayam.
|