Menurut Agensi Berita Xinhua, kapasiti penjanaan elektrik China sekarang tertinggi di dunia pada tahun ini, mencatat 51 juta kilowatt. Pada akhir tahun ini, jumlah kapasiti penjanaan elektrik China akan mencatat 447 juta kilowatt.
Berdasarkan maklumat dari Sidang Peembangunan dan Pembaharuan China semalam, kerajaan China meningkatkan pembangunan sumber tenaga penting untuk menyelesaikan masalah bekalan dan permintaan arang batu, elektrik dan minyak. Pembinaan projek penting seperti pembinaan pangkalan simpanan minyak negara, peningkatan keselamatan lombong arang batu dan lain-lain dipercepat.
|