Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-09 10:59:24    
Jumlah Keluarga China Capai 350 Juta Buah

Agensi Berita China
Menurut maklumat seorang pegawai Persatuan Wanita Seluruh China, China ada 350 juta buah keluarga dan memainkan peranan yang istimewa dalam perkembangan sosioekonomi dan kebudayaan.

Naib Ketua bahagian antarabangsa PersatuanWanita Seluruh China yang juga anggota Suruhanjaya Membanteras Diskriminasi Wanita PBB, Zou Xiaoqiao telah memperkenalkan keadaan tersebut dalam Sidang Kemuncak Keluarga Dunia yang diadakan di kota Sanya, provinsi Hainan China semalam.

Kerajaan China amat mementingkan kedudukan, permintaan istimewa dan peranan keluarga dalam perkembangan masyarakat dan ekonomi. Kerajaan China telah menubuhkan sistem undang-undang jaminan yang lengkap, termasuk Undang-undang Perkahwinan, Undang-undang Jaminan Hak dan Kepentingan Wanita, Undang-undang Jaminan Kesihatan Ibu dan Bayi, Undang-undang Juvenil, Undang-undang Mencegah Juvenil Berdosa dan Undang-undang Perlindungan Hak dan Kepentingan Warga Tua.

Beliau perkenalkan, sejak tahun 1996, 18 buah badan termasuk Kementerian Kebudayaan, Kementerian Hal Ehwal Awam, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kehakiman dan PersatuanWanita Seluruh China telah mengadakan aktiviti "mewujudkan keluarga tamadun terbaik dalam 5 bidang" di seluruh China, aktiviti itu menganjurkan sama rata lelaki dan wanita, meningkatkan kedudukan wanita, menyokong tamadun, mendidikkan generasi muda secara saintifik, melindungi alam sekitar, membanteras kekerasan keluarga. Aktiviti itu telah meningkatkan kualiti keluarga China supaya lebih banyak keluarga mempunyai suasana yang mesra, ramah-tamah, bahagia dan aman, setakat ini sudah ada lebih 70 juta buah keluarga China dianugerah sebagai Keluarga Tamadun Terbaik Dalam 5 Bidang.

Sekarang PersatuanWanita Seluruh China telah menubuhkan 320 ribu buah pusat ibu bapa di komuniti, mengajar pengetahuan pendidikan secara santifik kepada ibu bapa, menganjurkan mementingkan pendidikan keluarga, menyediakan suasana keluarga yang baik kepada kanak-kanak.

Sidang Kemuncak Keluarga Dunia dianjurkan bersama-sama oleh Pertubuhan Keluarga Dunia, Suruhanjaya Bilangan Penduduk dan Perancang Keluarga dan Persatuan Wanita Seluruh China. Topik utama sidang kali ini adalah " keluarga dan sasaran pembangunan milinium PBB".