Pada 6 hingga 8 Disember, Sidang Kemuncak Keluarga Dunia diadakan di kota Sanya, selatan China. Dalam sidang itu, anggota Pertubuhan Keluarga Dunia, wakil kumpulan bukan kerajaan dan badan antarabangsa yang memperhatikan keluarga dan masalah perkembangannya dari 48 negara dan kawasan telah bertukar-tukar pendapat dan pengalaman tentang keluarga dan pembangunan berterusan, membasmi kemiskinan, mempopularkan pendidikan, mengatasi penyakit AIDS dan hak yang dinikmati oleh wanita.
Sekarang keluarga di pelbagai negara sedang dipengaruhi 4 trend antarabangsa termasuk perubahan struktur keluarga, nisbah warga tua semakin besar dalam seluruh masyarakat, orang berhijrah ke negara lain bertambah dan penyakit AIDS merebak dengan serius.
Para wakil telah memperkenalkan tindakan konkrit yang diambil oleh pelbagai negara dan kawasan untuk mendorong perkembangan keluarga. Masalah wanita, membasmi kemiskinan, hak dan kepentingan kanak-kanak dan mencegah penyakit AIDS merupakan topik utama sidang kali ini.
Penasihat kanan rantau pejabat Setiausaha Agung PBB berpendapat bahawa pelbagai negara harus berusaha memperbaiki kebajikan wanita, menggalakkan wanita menyertai pekerjaan masyarakat, menambah pendapatan keluarga dan membasmikan kemiskinan keluarga, kerajaan harus menggubal undang-undang yang tepat untuk menyediakan suasana masyarakat yang baik, menjamin hak dan kepentingan wanita.
Mewujudkan "keluarga yang bahagia" merupakan matlamat yang sama para peserta, mereka telah menandatangani Perisytiharan Sanya: memasuki isu keluarga dalam ajenta antarabangsa, ketika menggubal strategi pembangunan negara dan dasar ekonomi, sosial dan alam sekitar akan mempertimbangkan terlebih dahulu isu keluarga, memberi sokongan yang menyeluruh kepada keluarga dan pembangunan berdasarkan mendorong hubungan rakan dan kerjasama keluarga dan kawasan kediaman di sisi undang-undang.
Wakil PBB di China menyatakan, PBB percaya, keluarga sebagai unit asas masyarakat akan memainkan peranan amat penting dalam proses mewujudkan pembangunan masyarakat secara berterusan.
|