Menurut berita CRI, Naib Menteri Pendidikan China Wu Qidi memaklumkan di Beijing hari ini bahawa pendidikan vokasional peringkat tinggi berkembang pesat di China pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Wu Qidi memaklumkan bahawa jumlah sekolah pendidikan vokasional peringkat tinggi di China meningkat kepada lebih 900 buah pada masa ini daripada lebih 300 buah pada tahun 1998. Jumlah pelajar setiap tahun meningkat kepada lebih 2 juta orang pada masa ini daripada lebih 400 ribu orang pada tahun 1998.
Tambah beliau, China akan menyusun semula jurusan yang disediakan di sekolah vokasional peringkat tinggi di seluruh negara.
Jurusan baru terdiri daripada 19 kategori utama antaranya lalu lintas, pengangkutan, maklumat elektronik, perubatan, kesihatan dan lain-lain.
|