Menurut berita CRI, Tabung Pembangunan Usaha Wanita China memaklumkan hari ini bahawa dalam tempoh pelaksanaan selama lebih setahun lalu, Projek "Kesihatan Ibu" yang bertujuan meningkatkan taraf kesihatan kaum wanita di kawasan mundur di bahagian barat China telah memanfaatkan seramai lebih 2 juta wanita di kawasan itu.
Projek tersebut menghantar kereta perubatan dan berdasarkan sistem perubatan tempatan menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan kepada kaum wanita di kawasan mundur di bahagian barat China.
|