Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-13 11:15:50    
KDNK Makau Tahun Ini Dijangka Meningkat 20%

CRI
Wartawan dimaklumkan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Makau bahawa dalam tempoh lima tahun sejak Makau dikembalikan kepada China, ekonominya berkembang secara berterusan dan stabil. KDNK Makau tahun ini dijangka meningkat 20% berbanding tahun lalu.

Makau merupakan salah satu pelabuhan perdagangan bebas antarabangsa dan mempunyai hubungan yang erat dengan Kesatuan Eropah dan negara-negara yang penduduknya menggunakan bahasa Portugis. Industri perjudian dan pelancongan merupakan industri tonggak Makau.

Bagi industri pelancongan, setakat penghujung Oktober tahun ini, jumlah pelancong ke Makau tahun ini telah mencapai 13 juta orang, meningkat lebih 30% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.