Menteri Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara Dewan Negara China, Li Rongrong hari ini berkata, dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, lebih 180 perusahaan raksasa milik negara China telah mewujudkan peningkatan keuntungan sebanyak lebih 50% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Dijangka, keuntungan perusahaan milik negara China tahun ini akan mencipta rekod tertinggi dengan 450 bilion Yuan Renminbi.
Beliau menambah, sejak tahun ini, pendapatan penjualan perusahaan milik negara China meningkat pesat, keuntungan juga meningkat secara ketara. Ini telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sioekonomi China.
Pada masa yang sama, perusahaan tersebut juga telah mengambil langkah yang positif dan telah berjaya menurunkan nisbah aset tidak baik supaya kualiti aset negara ditingkatkan.
|