Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-14 13:54:32    
Beijing secara Berjimat Siapkan Sukan Olimpik 2008

Agensi Berita Xinhua China
Sukan Olimpik Athens 2004 telah mendapat pujian Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa Rogger sebagai Sukan Olimpik yang "sukar dilupakan" dan "fantastik" sehingga telah mendatangkan tekanan kepada kaki tangan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing 2008.

Kerajaan Greece mengumumkan pada November lalu bahawa perbelanjaan Sukan Olimpik Athens kali ini berjumlah 9 bilion Euro, maka ia menjadi Sukan Olimpik yang paling banyak menggunakan wang dalam sejarah. Bagaimanapun, Jawatankuasa Olimpik Beijing berpendapat bahawa ia mempunyai banyak pengalaman dan tindakan penjimatan yang boleh dicontohi oleh Beijing daripada Athens.

Sukan Olimpik Athens mengubahsuaikan sebuah hangar yang lama sebagai tempat acara pertandingan termasuk bola keranjang dan besbol. Bilik rehat olahragawan dan bilik kerja wartawan dibina berbentuk khemah untuk sementara waktu. Terdapat banyak kemudahan am yang lain di Perkampungan Olimpik juga ialah bangunan sementara antaranya kantin olahragawan, bank dan pejabat pos yang akan diruntuhkan setelah Sukan Olimpik berkahir.

Tindakan seumpama itu amat mengurangkan kos dan juga tidak mencemarkan alam sekitar.

Setelah Jawatankuasa Olimpik Beijing ditubuhkan pada Disember 2001, ia telah mengemukakan panduan "Anjurkan Sukan Olimpik secara Berjimat" dan turut melaksanakan panduan tersebut dalam kerja 3 tahun berikutnya. Misalnya, kerajaan Beijing memutuskan membatalkan cadangan membuka bumbung stadium utama yang dikenali sebagai "sarang burung" untuk mengurangkan jumlah penggunaan keluli. Para pakar berpendapat bahawa cadangan "sarang burung" yang diubahsuaikan itu bukan sahaja tidak merendahkan kualiti pembinaannya, tetapi juga meningkatkan keselamatan bangunan itu dan mengurangkan kos pembinaannya.

Selain itu, berdasarkan penggunaan stadium setelah Sukan Olimpik dan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada, Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing akan mengadakan pengubahsuaian terhadap lokasi 5 stadium Sukan Olimpik dan sedang mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa serta pelbagai pertubuhan sukan antarabangsa pada masa ini.

----AZMI