Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-13 15:39:45    
Sektor Pertanian Diberi Keutamaan Dalam Pertumbuhan Ekonomi China

Harian Renmin Ribao
Menurut Harian Renmin Ribao China edisi seberang laut hari ini, Naib Pengarah Biro Statistik Negara China Qiu Xiaohua dalam Forum di Beijing baru-baru ini menyatakan bahawa kemajuan bidang pertanian merupakan kejayaan penting dalam pertumbuhnan ekonomi China tahun ini.

Qiu Xiaohua berkata kerajaan China pada akhir tahun lalu telah melaksanakan kawalan makro dan mengambil tindakan segera dan berani merangsang meningkatkan pengeluaran hasil pertanian; antaranya ialah memberikan banduan subsidi kepada petani agar menggalakkan mereka secara besar-besaran menanam tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan bahan makanan.

Dilaporkan lagi, Ketua Pengarah Eksekutif Program Rancangan Bahan Makanan Sedunia PBB James T.Morris ketika diwawancara oleh pemberita China telah menganjung tinggi sumbangan China membasmi kelaparan sejagat.

Harian Renmin Ribao China hari ini telah menerbitkan wawancara wartawan akhbar itu dengan James T.Morris. Beliau berkata kerajaan China berjaya mengatasi masalah kemunduran dan membasmi kelaparan ratusan juta orang dalam tempoh 25 tahun yang lalu .

James T.Morris berkata bahawa kerajaan China dalam tempoh 25 tahun yang lalu telah memberi sokongan secara besar-besaran kepada badan tersebut termasuk menyediakan bantuan bahan makanan dan kewangan kepada Program Rancangan Bahan Makanan Sedunia. Badan itu akan mengintensifkan kerjasama dengan kerajaan China untuk membasmi kelaparan sejagat.