Naib Perdana Menteri China, Huang Ju semalam di Beijing menyatakan, kerajaan China akan mempercepat proses pembaharuan terhadap perusahaan milik negara pada tahun depan. Antara pelbagai langkah yang akan diambil untuk meningkatkan keupayaan perkembangan secara berterusan perusahaan itu termasuk meningkatkan peruntukan penyelidikan sains dan teknologi, meningkatkan daya saing perusahaan tersebut dan mengurangkan penggunaan sumber tenaga dan bahan mentah.
Huang Ju menjelaskan, pembaharuan terhadap perusahaan milik negara China tahun depan akan menfokuskan pembentukan sistem perusahaan moden dan mempercepat pembaharuan sistem saham.
|