Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-14 10:55:14    
Banjir di Pantai Timur Malaysia Semakin Buruk

CRI

Menurut berita BERNAMA, keadaan kawasan-kawasan yang dilanda banjir di negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia semakin buruk. Setakat ini, banjir telah meragut lima nyawa di Kelantan manakala lima lagi masih hilang. Lebih 12,900 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga petang Isnin ini.

Di Kota Baharu, paras air di sungai-sungai utama di seluruh Kelantan dilaporkan masih melebihi paras bahaya.

Kebanyakan pejabat kerajaan dan premis perniagaan di Kota Baharu ditutup apabila kebanyakan jalan raya masih ditenggelami air sehingga sedalam kira-kira 1.2 meter.