Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Perdagangan China hari ini memaklumkan bahawa atas dorongan CEPA kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Tanah Besar China dengan Hong Kong telah meningkat. Jumlah perniagaan antara kedua-dua pihak pada bulan Januari hingga Oktober tahun ini telah melebihi jumlah perniagaan keseluruhan pada tahun lalu.
Berdasarkan statistik kastam Tanah Besar China, jumlah import dan eksport antara Tanah Besar China dengan Hong Kong mencapai 88.5 dolar Amerika pada bulan Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah itu meningkat 27% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Selain itu, jumlah pelaburan Hong Kong di Tanah Besar China juga meningkat dengan banyak.
|