Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri Chinayang bertanggung jawab atas hal ehwal ekonomi dan perdagangan luar Puan Wu Yi di Beijing hari ini berkata China akan meningkatkan kualiti penggunaan modal asing dalam masa akan datang untuk meningkatkan struktur industri dan kemampuan penerokaan dalam negara.
Demikian dinyatakan oleh Wu Yi dalam sidang kerja kawasan penerokaan ekonomi dan teknologi peringkat negara kebangsaan. Beliau berkata China akan meningkatkan secara berterusan jumlah pelaburan asing berdasarkan permintaan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan bersesuaian dengan pembangunan globalisasi, akan mengutamakan usaha pada peningkatan kualiti penggunaan modal asing dan struktur modal asing.
|