Berdasarkan statistik terbaru, dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, jumlah modal asing di China telah mencatat 57.5 bilion dolar Amerika. Jumlah itu meningkat lebih 20% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dijangka, jumlah pelaburan asing ke China akan mencecah 60 bilion dolar Amerika pada tahun ini.
Akhbar Harian Renminribao China hari ini memetik maklumat Kementerian Perdagangan China bahawa pelaburan langsung dari luar negara ke China pada 11 bulan pertama tahun ini meningkat secara berterusan. Setakat penghujung November lalu, kerajaan China telah mengizinkan penubuhan perusahaan asing di China sejumlah lebih 500 ribu.
|