Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Singapura terus meningkatkan tahap pemeriksaan dan kuarantin bahan makanan, meningkatkan pentadbiran dan menstandardkan pasaran penjualan makanan, usaha Singapura tersebut telah mencapai kejayaan.
Negara Singapura kecil dan kekurangan sumber alam, negara itu tidak memiliki industri pertanian, 90% bahan makanannya diimport dari luar negara. Oleh sebab Singapura mengutamakan tahap keselamatan bahan makanan yang tinggi, dan melaksanakan kerjasama yang erat antara badan pelaksanaan undang-undang, industri makanan dan pengguna, keselamatan bahan makanan Singapura sangat terjamin.
Selain Jabatan Persekitaran Negara Singapura bertanggungjawab sebahagian kerja pengawalan keselamatan makanan, Jabatan Pertanian, Bahan Makanan dan Perubatan Haiwan Singapura juga bertanggungjawab penuh terhadap kerja pemeriksaan dan kuarantin keselamatan makanan.
Pertama, Singapura mengawal keselamatan makanan dari sumbernya. Mencegah dan mengurangkan makanan yang tidak mematuhi standard import Singapura. Untuk mencapai matlamat tersebut, Jabatan Pertanian, Bahan Makanan dan Perubatan Haiwan Singapura telah menetapkan prosedur pemeriksaan yang lengkap dan ketat. Pertama ialah memeriksa dan menetapkan kebun atau kilang pemprosesan pengeluaran bahan makanan, agar menjamin kebun atau kilang tersebut mematuhi standard keselamatan Singapura. Makanan yang belum dihantar ke Singapura dari negara asalnya sudah mula diperiksa oleh jabatan itu. Bermula pada Januari tahun lalu, Jabatan Pertanian, Bahan Makanan dan Perubatan Haiwan Singapura menetapkan bahawa semua perusahaan yang mengimport bahan makanan harus mendaftar di jabatan itu, mereka harus dengan sebanyak mungkin mengemukakan data-data tentang bahan makanan yang diimport oleh syarikat asing tersebut kepada jabatan itu untuk mengesahkan keselamatan bahan makanan itu. Di samping itu, jabatan tersebut juga akan mengadakan pemeriksaan di jabatan kastam atau makmalnya.
Kedua, Jabatan itu meningkatkan pelaksanaan undang-undang dan menjatuhkan hukuman yang keras kepada usahawan yang membelakangi undang-undang. Singapura sangat memberikan perhatian terhadap penyeliaan dan pentadbiran pasaran makanan, dan akan menghantar pegawai untuk melakukan pemeriksaan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. Oleh sebab pelaksanaan undang-undang sangat ketat, jumlah makanan yang tidak mematuhi standard di Singapura terus menurun dalam tempoh 3 tahun yang lalu. Pada tahun 2001 dan tahun 2002, Jabatan Pertanian, Bahan Makanan dan Perubatan Haiwan Singapura telah menemui 93 dan 84 kes makanan tidak mematuhi standard. Tetapi pada tahun lalu, jabatan itu menemui 58 kes seperti itu. Kadar makanan import yang tidak mematuhi standard dan dimusnahkan hanya menempati 0.016% dalam jumlah import bahan makanan Singapura.
Makanan yang dirampas dan dimusnahkan termasuk buah-buahan kering, mi, sos dan makanan ringan, sebabnya ialah label dan pengawet tidak mematuhi standard. Selain itu, Singapura menetapkan bahawa makanan laut hanya boleh disimpan dalam ais batu dan tidak boleh menggunakan pengawet. Kakitangan Jabatan Pertanian, Bahan Makanan dan Perubatan Haiwan akan sering mengadakan pemeriksaan secara rambang di pasar, kalau menemui makanan laut yang tidak mematuhi standard, terus dimusnahkan. Pada Jun tahun lalu, Jabatan Pertanian, Bahan Makanan dan Perubatan Haiwan Singapura menemui bahan yang boleh mengakibatkan kanser dalam 9 jenis makanan laut yang diimport dari Malaysia, Thailand dan Indonesia, jabatan itu terus memusnahkan makanan tersebut dan mengenakan denda kepada pengimport. Berdasarkan undang-undang Singapura, orang yang menjual-beli makanan laut yang mengandungi racun boleh didenda 50 ribu dolar Singapura(lebih 29 ribu dolar Amerika) dan dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun.
Ketiga, Singapura telah meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan awam. Berdasarkan statistik, seramai 40% penduduk Singapura tidak mengetahui bagaimana memastikan keselamatan bahan makanan. Pada tahun 2002, Jabatan Pertanian, Bahan Makanan dan Perubatan Haiwan mula melaksanakan satu rancangan meningkatkan kesedaran pengguna untuk mengetahui keselamatan makanan. Setelah Hari Keselamatan Makanan yang diadakan pada Julai 2003, Singapura mengadakan aktiviti penerangan tentang keselamatan bahan makanan setiap tahun.
Dan keempat, meningkatkan pembinaan kemudahan untuk mengadakan pemeriksaan bahan makanan agar dapat mematuhi keperluan baru tentang tahap keselamatan bahan makanan. Singapura telah memperuntukkan lebih kurang 18.57 juta dolar Amerika untuk membina sebuah pusat kesihatan awam perubatan haiwan di bahagian barat laut negara itu. Pusat tersebut mula dibuka pada 9 Julai lepas dan menjadi pusat pemeriksaan makanan yang paling moden di dunia. Pusat itu mempunyai 8 makmal yang moden dan mampu menangani virus berbahaya seperti virus selesema burung dan lain-lain. Pusat itu telah meningkatkan daya pemeriksaan makanan untuk Singapura dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan makanan untuk negara jiran, agar Singapura boleh menjadi pusat pemeriksaan makanan di rantau itu.
Andika
|