Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-16 15:41:07    
Sukan Tenis Semakin Popular di China

CRI
Banyak media massa China memperkatakan tahun 2004 sebagai "tahun sukan tenis China". Pada tahun ini, pemain China Li Ting dan Sun Tiantian telah meraih pingat emas tenis pertama untuk China dalam acara pertandingan beregu wanita Sukan Olimpik Athens. China telah berjaya menganjurkan Pertandingan Terbuka Tenis China yang pertama, Bandar Shanghai China memeterai perjanjian dengan Persatuan Tenis Profesional Lelaki(ATP) untuk menganjurkan Piala Masters ATP dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Seiring dengan itu, sukan tenis semakin hari semakin popular di China, di kawasan perumahan, kampus universiti dan di kawasan pejabat, di mana-mana boleh ditemui penggemar sukan itu sedang bermain tenis, tenis sudah menjadi salah satu acara sukan yang paling popular di China.

Tenis, golf, bowling dan biliard dianggap 4 acara sukan lelaki berbudi bahasa di dunia. Acara itu mula dicipta di Perancis pada abad ke-12. Pada lebih kurang tahun 1885 Masihi, acara tenis diperkenalkan ke bandar raya China seperti Shanghai dan Guangzhou. Seterusnya terdapat beberapa sekolah agama Kristian Mazhab Katolik mula mengadakan acara sukan itu. Tetapi disebabkan alat dan stadiumnya sangat mahal, acara sukan tenis dianggap sebagai acara sukan orang kaya di China.

Pengarah Jawatankuasa Penerangan Persatuan Sukan Tenis China Xiao Ning baru-baru ini menyatakan, sukan tenis semakin hari semakin popular di China disebabkan pertumbuhan ekonomi yang berkembang pesat di China. Beliau berkata,

"Sejarah sukan tenis China sebenarnya bermula sejak China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, dengan dasar tersebut sukan tenis mulai berkembang pesat di China. Sukan tenis memerlukan kos yang tinggi dan pemain bertaraf profesional, sukan itu semakin popular di kalangan rakyat disebabkan peningkatan taraf ekonomi negara dan pendapatan penduduk China."

Xiao Ning berkata, pada tahun 2004, terdapat lebih 5 ribu orang menyertai pertandingan tenis yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Tenis China, lebih 200 ribu orang menyertai pertandingan amatur yang dianjurkan oleh persatuan tenis pelbagai tempat dan pertubuhan komersial yang lain. Berdasarkan statistik, sejumlah hampir 2 juta penduduk China sering bermain tenis.

Sebagai pusat sukan tenis China, Beijing mempunyai lebih seribu gelanggang tenis termasuk gelanggang asfalt, padang rumput, tanah liat dan lain-lain, dan terbuka kepada pengguna, biaya menyewa gelanggang tersebut dari beberapa puluh yuan RMB sejam hingga beberapa ratus yuan RMB sejam. Sekarang, Beijing mempunyai hampir seratus kelab tenis, pada setiap hujung minggu, terdapat banyak kelas latihan mengajar tenis atau pertandingan tenis diadakan di Beijing. Para penggemar tenis Beijing selain beriadah, juga boleh berkenalan dengan rakan-rakan melalui kegiatan tersebut. Jurulatih tenis di Beijing Han Rong berkata,

"Sekarang sukan tenis sudah sangat popular di China, pekerja kolar putih dan kolar biru semuanya mampu menyertai sukan itu. Kebanyakan penggamar tenis di Beijing sekarang ialah rakyat biasa."

Bandar Shanghai China sekarang mempunyai lebih 800 gelanggang tenis, tetapi jumlah gelanggang tenis itu masih belum dapat menampung permintaan. Pertandingan Tenis Amatur Piala Chengkai dan Pertandingan Liga Mahasiswa Piala Akhbar Xinmin yang diadakan setahun sekali sangat popular di Shanghai. Setakat ini, Shanghai sudah berjaya menganjurkan Pertandingan Terbuka Heineken selama 6 tahun. Xiao Ning menyatakan, ATP bersetuju memilih Shanghai sebagai tuan rumah Piala Masters ATP selama 3 tahun kerana Shanghai mempunyai penggemar tenis yang ramai, pasaran yang menarik terdapat perusahaan serta suasana masyarakat yang stabil dan makmur.

Sebagai bandar pusat ekonomi di selatan China, Guangzhou sekarang mempunyai lebih 500 buah gelanggang tenis. Sekarang sukan tenis menjadi acara sukan yang paling popular di bandar itu, kerana pertandingan antarabangsa seperti pertandingan jelajah Persatuan Tenis Profesional Wanita akan terus dianjurkan di bandar itu dan biaya menyewa gelanggang semakin hari semakin murah.

Xiao Ning menyatakan, sukan tenis China sekarang sedang mengalami tempoh perkembangan yang pesat, Persatuan Sukan Tenis China akan melaksanakan beberapa tindakan untuk menstandardkan dan mendorong perkembangan sukan tenis di China. Beliau berkata,

"Untuk mempopularkan sukan tenis di kalangan rakyat China, Persatuan Sukan Tenis China akan melaksanakan beberapa rancangan, pertama mengemukakan standard gelanggang tenis yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Tenis China pada tahun depan, kedua terus menganjurkan beberapa pertandingan amatur yang besar pada tahun akan datang, dan ketiga menumpukan perhatian terhadap latihan untuk kanak-kanak, melatih tenaga profesional sukan tenis pada masa depan. Persatuan Sukan Tenis China akan mengadakan satu sidang pleno pada 4 hingga 5 tahun. Matlamat kami ialah jumlah penggemar tenis China boleh ditingkatkan lebih sejuta antara satu sidang pleno satu sidang pleno yang berikutnya.

----Andika