Menurut berita CRI, tinjauan terkini menunjukkan, kira-kira 90% pelajar China yang menuntut di luar negara bersedia kembali ke China untuk memulakan kerjaya mereka. Sebab utama yang menarik pelajar China pulang ke tanah air ialah mereka bersikap optimis terhadap prospek ekonomi China.
Sejak China menjalankan dasar buka pintu pada lebih 20 tahun yang lalu, seramai 700 ribu orang pelajar China telah menyambung pengajian di luar negara. Pada masa ini, pelajar China yang menuntut di luar negara berjumlah 350 ribu orang.
Setakat ini, terdapat 170 ribu orang pelajar China yang pernah menuntut di luar negara telah kembali ke tanah air untuk menyumbangkan tenaga mereka. Mereka telah memberi sumbangan penting terhadap perkembangan sosioekonomi China.
|