Menurut harian Renminribao China, Jawatankuasa Kerjasama Sains dan Teknologi Tanah Besar China dengan Hong Kong telah mengadakan sidang pertama di Beijing semalam. Pegawai kedua-dua pihak yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal sains dan teknologi telah mencapai persefahaman tentang meningkatkan kerjasama sains dan teknologi pada masa depan.
Tanah Besar China dan Hong Kong akan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk penerokaan teknologi tanda elektronik, alat-alat ganti kenderaan, reka bentuk litar integrasi dan ubat-ubatan tradisional China.
Selain itu, kedua-dua pihak juga akan mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang lain antaranya pengajian strategi sains dan teknologi, penyelidikan sumber sains dan teknologi, standard teknik dan pempopularan pengetahuan sains.
|