Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-20 12:13:18    
Pertukaran Pelajar Makau -Tanah Besar China Meningkat

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, sejak Makau kembali ke pangkuan tanah air selama lima tahun lalu, pertukaran pelajar Makau dan Tanah Besar China semakin meningkat, terutamanya di kalangan pelajar provinsi Fujian, Guangdong dengan Makau. Pegawai Jabatan Pendidikan Provinsi Fujian menyatakan bahawa pertukaran pelajar Fujian dengan Makau merupakan yang paling banyak.

Universiti Jinan yang terletak di provinsi Guangdong, China merupakan universiti yang paling banyak mengambil pelajar warga Makau di Tanah Besar China. sekarang terdapat 2736 orang pelajar berasal dari Makau.

Guan Junjie, mahasiswa tahun tiga Universiti Jinan memberitahu pemberita bahawa disebabkan ekonomi Tanah Besar China berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, potensi perkembangannya juga besar, oleh itu, anggota keluarganya menyokong beliau mengikuti pengajian di Universiti Jinan. Beliau bercita-cita menjadi Penyelidik dan Pengeluar peralatan perubatan selepas lulus dari universiti di Tanah Besar China.

Difahamkan, kebanykan mahasiswa Makau yang mengikuti pendidikan di Tanah Besar China memilih kerja di Makau, prospek pengambil kerja mereka sangat optimis.

Sekarang di Makau, baik sekolah rendah atau sekolah menengah, pegawai perubatan, atau pegawai kerajaan, ramai yang pernah mengikuti pengajian di Tanah Besar.

Pegawai Badan Pendidikan Provinsi Fujian menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan pertukaran pelajar dengan Makau. Beliau berkata peningkatan pertukaran pelajar antara Tanah Besar dengan Makau bukan sahaja boleh meningkatkan pengetahuan pensyarah dan pelajar terhadap Tanah Besar dan kebudayaan tradisional tanah air, tetapi juga berfaedah bagi peningkatan taraf pendidikan kedua-dua pihak.