Dalam tempoh 3 tahun selepas China menganggotai WTO, kerajaan China giat melindungi hak harta intelektual dan melaksanakan janjinya ketika menganggotai WTO.
Setakat ini, seiring pengemukaan dan pindaan sejumlah peraturan undang-undang yang berkenaan, China telah mewujudkan sistem perundangan yang sempurna untuk melindungi hak harta intelektual sistem itu adalah selaras dengan peraturan antarabangsa.
Selain usaha penggubalan undang-undang, apa tindakan yang lain perlu diambil untuk melindungi hak harta intelektual secara berkesan tetap merupakan perkarta penting yang dihadapi oleh kerajaan China.
Kerajaan China mengemukakan "dua cara" untuk melindungi hak harta intelektual iaitu cara pentadbiran dan cara perundangan.
Berdasarkan statistik, badan berkenaan China telah berturut-turut melaksanakan tindakan untuk membanteras kegiatan mengeluarkan dan menjual barangan tiruan. Tindakan itu telah mengelakan kerugian sebanyak lebih 900 juta Yuan RMB.
Naib Menteri Perdagangan yang merangkap Ketua Pengarah Jabatan Melindungi Hak Harta Intelektual Negara China, Zhang Zhigang mendedahkan bahawa kerajaan China akan mengemukakan penerangan tentang undang-undang yang berkaitan dengan kegiatan jenayah mencabul hak harta intelektual.
26 April merupakan "Hari Hak Harta Intelektual Dunia". China mulai tahun 2004 menetapkan 19 hingga 26 April setiap tahun merupakan "Minggu Propaganda Melindungi Hak Harta Intelektual".
Meningkatkan kesedaran orang ramai juga merupakan usaha penting dalam perlindungan hak harta intelektual. Kementerian Pendidikan China baru-baru ini telah bercadang untuk mempopularkan pengetahuan perlindungan hak harta intelektual institut pengajian tinggi.
Walaupun masih terdapat kekurangan dalam usaha melindungi hak harta intelektual, namun kezaman kerajaan China dalam usaha itu tetap dipastikan oleh masyarakat antarabangsa.
|