Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-21 11:55:44    
Tanah Besar China Tingkatkan Kerjasama Perdagangan dengan Hong Kong

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, maklumat dari Jabatan Shanghai Biro Pembangunan Perdagangan Hong Kong menunjukkan bahawa sejak "Peraturan Menjalinkan Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Yang Lebih Erat Tanah Besar China dengan Hong Kong" (CEPA) dilaksanakan pada tahun lalu, ia telah mendorong dengan berkesan kerjasama Tanah Besar China dengan Hong Kong.

Jumlah perniagaan import dan eksport provinsi Guangdong dan Hong Kong melebihi 200 bilion dolar Amerika, meningkat 22% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah pelaburan Hong Kong di Guangdong mencapai 4.4 bilion dolar Amerika dan menduduki 51% pelaburan asing di Guangdong.

Sejak tahun ini, Biro Pembangunan Perdagangan Hong Kong telah menerima 520 delegasi kerajaan dan perusahaan Tanah Besar China mengikuti latihan, mengadakan tinjauan dan mengadakan aktiviti menari pelaburan di Hong Kong.

Laporan Biro Pembangunan Perdagangan Hong Kong menunjukkan bahawa pedagang Hong Kong lebih berminat melabur di Tanah Besar China. 29% syarikat dalam tinjauan telah mengadakan perniagaan di Tanah Besar, 39% syarikat yang lain bercadang membuka pasaran di Tanah Besar dalam tiga tahun akan datang. Tinjauan tersebut juga menunjukkan CEPA akan membawa peluang menjual barangan keluaran Hong Kong di pasaran Tanah Besar.

Pegawai Jabatan Shanghai Biro Pembangunan Hong Kong menyatakan bahawa CEPA akan memasuki peringkat kedua pada 1 Januari tahun depan. Barangan bebas cukai akan ditambah daripada 374 jenis kepada 713 jenis. Selain itu, 26 sektor perkhidmatan akan mendapat faedah. Ini bermakna dalam rangka CEPA, pertukaran perdagangan Tanah Besar dengan Hong Kong akan semakin erat.