Di padang rumput yang luas Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China, terdapat banyak relau suria dan generator kuasa angin yang terletak di depan dan belakang rumah kawasan kediaman penggembala. Penggembala menggunakan suria dan kuasa angin menjadi tenaga elektrik dalam kehidupan dan pengeluaran mereka.
Di wilayah Autonomi Mongolia Dalam, keluasan tanah kira-kira 1 juta 200 ribu kilometer persegi, lebih 70 peratus daripadanya ialah padang rumput. Para penggembala tinggal secara terpencar-pencar di padang rumput dan mereka hanya dapat menggunakan pelita untuk menerangi kegelapan, disebabkan tidak terdapat kemudahan bekalan elektrik.
Pengerusi Persatuan Sains dan Teknologi Kaunti Dongujumqin Mongolia Dalam, Encik Cao Kesai memberitahu wartawan, pada penghujung tahun 80-an Abad ke-20, walaupun sebilangan penggembala telah membeli TV tetapi mereka tidak dapat menonton siaran TV kerana tidak ada belakan tenaga elektrik. Encik Chao Kesai berkata: " Pada masa yang lalu, jika ada TV di rumah, tetapi hanya sebagai hiasan saja dan orang tidak boleh menonton siaran TV".
Kaunti Dongujumqin merupakan kaunti penternakan terbesar yang terkenal di China. Di mana, terdapat sungai dan padang rumput yang subur. Walaupun penggembala yang hidup sangat baik, tetapi kerana tidak ada belakan elektrik, mereka tidak dapat mengadakan pengeluaran dan menikmati gaya hidup yang moden. Penggembala Caolunbater berkata kepada wartawan: " Kini, tenaga elektrik amat penting dalam kehidupan kami. Kami kekurangan tenaga elektrik di kawasan penternakan. Jika ada tenaga elektrik, kehidupan kami akan mengalami perubahan besar".
Mongolia Dalam kaya dengan sumber kuasa angin dan sinaran mata hari. Sumber tenaga yang mencukupi menjadi asas bagi meneroka dan menggunakan sumber tenaga baru di kawasan tersebut. Projek Penerokaan dan penggunaan sumber tanaga baru telah dimulakan di kawasan Mongolia Dalam semenjak tahun 1980-an Abad ke-20. Lebih 20 tahun sudah berlalu, generator kuasa angin dan relau suria telah dipopularkan dan digunakan di kawasan itu.
Di Kampung Amugulang Kaunti Dongujumqin, wartawan telah mewawancara penggembala puan Siqintuya di rumahnya. Di bilek tetamunya, terdapat generator kuasa angin dan suria serta TV, alat pemain VCD dan mesin basuh dan lain-lain.
Beliau memberitahu wartawan: "Semenjak menggunakan generator kuasa angin dan suria, memasak nasi, menggunting bulu kambing dan ternakan minum air boleh menggunakan tenaga elektrik".
Kini, di 10 buah kaunti Mongolia Dalam, terdapat lebih 200 buah generator kuasa angin dan suria pelbagai jenis. Para penggembala di padang rumput bukan saja telah menggunakan lampu elektrik, tetapi juga menggunakan suria dan kuasa angin dalam pengeluaran serta mewujudkan mekanisasi pengeluaran sektor penternakan.
Penggunaan sumber tenaga di kawasan tersebut, menjadi tumpuan dan perhatian di peringkat antarabangsa. Kini, Mongolia Dalam bekerjasama dengan Amerika Syarikat, Belanda, Itali dan Sepanyol dalam meneroka sumber tenaga baru. Pada awal tahun ini, kerajaan Kaunti Dongujumqin bekerjasama dengan Sepanyol untuk mempopularkan penggunaan generator suria. Projek usahasama itu dengan peruntukan sebanyak 10 juta yuan Renminbi.
Penggembala Caolunbater berkata, penggunaaan suria memberi manfaat kepada kehidupan mereka, sinaran cahaya mata hari yang mencukupi di padang rumput boleh digunakan untuk menjanakan elektrik. Beliau berkata: "Relau suria lebih baik berbanding generator kuasa angin. Kami menggunakan sumber tenaga baru selama beberapa bulan, tetapi tenaga elektrik tidak terputus. Relau suria ini mudah digunakan dan ramai penggembala bersedia untuk membeli relau suria".
Pengerusi Persatuan Sains dan Teknologi Kaunti Dongujumqin Caoikesaiyin berkata, pada beberapa tahun yang lalu, banyak teknologi sumber tenaga baru tanpa pencemaran telah diteroka di wilayah Autonomi Mongolia Dalam, pempopularan penggunaan sumber tenaga baru telah meningkatkan taraf hidup penggembala. Beliau berkata "Bagi penggembala yang hidup di padang rumput, pada masa yang lalu, mereka hanya dapat menggunakan pelita, kemudiannya, mereka mulai menggunakan generator kuasa angin dan relau suria, penggunaan sumber tenaga yang baru dan bekalan elektrik yang mencukupi menyebabkan para penggembala hidup dengan lebih baik.
---- Wang Ling
|