Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-22 15:24:15    
Pengenalan tentang Destinasi Pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong China

CRI

Destinasi Pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong disenaraikan dalam "warisan alam dunia". Jika bertolak dari Bandar Chengdu di barat daya China dengan menaiki pesawat selama 40 minit, pelawat akan sampai ke Lapangan Terbang Jiuhuang. Kedua-dua Destinasi Pelancongan itu masing-masing terletak di kedua-dua tepi lapangan terbang tersebut.

Jiuzhaigou merupakan lembah yang sepanjang lebih 40 kilometer dan kawasan ini dinamakan Jiuzhaogou kerana terdapat 9 kampung yang didiami oleh etnik Tibet di lembah tersebut dan keluasannya kira-kira 620 kilometer persegi. Apabila masuk ke kawasan itu, pelawat boleh menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Di sana, gunung-ganang yang hijau, air yang jernih dan awan putih yang terapung-apung di udara. Yang sangat menarik ialah, air terjun dan air tasik berwarna kebiru-biruan, hijau dan kuning dan sentiasa berubah-ubah. Seorang pelancong Kanada yang bernama Linda semasa melawat Jiuzhaigou berkata kepada wartawan kami: "Saya berasal dari Kanada. Selepas lawatan di sini saya merasakan, Jiuzhaigou sangat indah, khususnya air terjun yang sangat jernih."

Air yang jernih mengalir di lembah atau di kawasan pergunungan yang ditumbuhi pokok-pokok, sehingga telah membentuk banyak tasik di dataran tinggi dan air terjun yang berperingkat-peringkat ketinggiannya mengalir ke bawah dengan mencurah-curah. Yang mengakumkan ialah air terjun tersebut yang lebarnya beberapa puluh meter mengalir ke tasik di atas gunung dengan menyusur lereng gunung yang lebih tinggi,, sehingga membentuk pemandangan tasik di bawah air terjun dan air terjun di bawah tasik, bersambungan antara satu sama lain, sangat mempersonakan.

Encik Zhou Shigang pelancong dari Bandar Chongqing China, beliau tidak letih selepas bersiar-siar di destinasi pelancongan Jiuzhaigou. Beliau berkata, keletihan saya sudah hilang selepas menyaksikan air tasik yang indah di sana. Katanya: "Di Jiuzhaigou, terdapat banyak tasik yang sangat cantik dan airnya yang jernih".

Seratus tasik yang besar atau kecil yang bertaburan di tiga lembah berbentuk " Y" dan air tasik yang berwarna-warni mengikuti perubahan cuaca dan musim.

Gadis Etnik Tibet Yan Feng yang tinggal di Jiuzhaigou memberitahu wartawan, air tasik di sana berwarna-warni disebabkan beberapa faktor seperti berikut: "Pertama, terdapat 200 spesies tumbuh-tumbuhan yang berwarna-warni dalam air. Kedua, air tasik berwarna-warni di bawah sinaran matahari jika dilihat dari pelbagai tempat dan pada masa yang berbeza. Dan ketiga, kerana Jiuzhaigou merupakan kawasan karst".

Yan Feng berkata, Jika melancong ke Jiuzhaigou, pelawat lebih baik menikmati pemandangan air terjun dan tasik pada hari cerah, gunung pada cuaca mendung serta awan dan kabus selepas hujan. Pada musim gugur, puncak gunung dilitupi salji pada sepanjang tahun dan pokok-pokok yang berwarna merah, kuning dan hijau tumbuh di atas gunung dan lembah. Pada cuaca mendung, banjaran gunung kelihatan dalam gumpalan awan dan kabus, menjadi indah permai seperti lukisan pemandangan.

Jika bertolak dari Jiuzhaigou menuju ke selatan dengan kenderaan selama lebih 3 jam, pelawat akan sampai destinasi pelancongan Huanglong yang terkenal. Di sana, terdapat muka bumi travertin yang sepanjang lebih 3600 meter, terletak di hutan belantara dan gunung-ganang. Air yang mengalir dari gunung, telah membentuk banyak kolam yang berwarna-warni antara kawasan pergunungan dan lembah.

Pelancong Shanghai China puan Xu Xiaowei berkata, di kawasan tersebut, terdapat seribu buah kolam yang berwarna-warni, sangat cantik. Beliau berkata: "Pemandangan alam di Huanglong indah permai, airnya jernih dan bersih. Pemandangannya seperti terdapat pelbagai jenis bonsai yang indah di sana".

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melawat kota purba Songpan yang bersejarah lebih 1300 tahun. Pelawat boleh menyaksikan pemandangan tembok kota purba, rumah penduduk tempatan, banyak lorong, jambatan, warong teh di tepi sungai dan gunung-ganang.

Selain itu, orang yang memakai pakaian etnik Tibet, etnik Qiang dan memakai kopiah putih boleh disaksikan di jalan raya. Kedai yang didirikan di kedua-dua tepi jalan raya itu menjual pelbagai jenis hiasan etnik Tibet dan hasil istimewa tempatan.

---- Wang Ling