Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-22 16:14:48    
Hadapi Cabaran, Capai Kejayaan Baru

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, majlis angkat sumpah Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau Ho Hau Wah dan pegawai kanan kerajaan Makau diadakan pada 20 Disember lalu. Walaupun pegawai kanan kerajaanitu sama seperti kerajaan pertama, tetapi mereka masih berusaha menghadapi cabaran dan mencapai kejayaan baru.

Pada lima tahun lalu, Ho Hau Wah dalam ucapan angkat sumpahnya menyatakan, "pada masa depan, saya akan berdasarkan hak yang ditetapkan dalam undang-undang, melaksanakan dasar 'satu negara dua sistem', meminpin 400 ribu orang penduduk Makau membangunkan kampung halamam kami. Ini merupakan kemuliaan dan tugas utama saya. Makau tentu akan mewujudkan masyarakat yang makmur, stabil dan maju."

Ho Hau Wah tidak mengecewakan harapan kerajaan pusat dan rakyat China. Beliau memimpin rakyat Makau mencipta dua kejayaan iaitu mencapai pertumbuhan ekonomi Makau 20% dan keselamatan awam Makau diperbaiki.

Dalam Perhimpuan Sambuatan Ulang Tahun ke-5 Pengembalian Makau ke pangkuan tanah air iatu, upacara angkat sumpah ketua Eksekutif kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Makau penggal ke-2 Makau Ho Hau Wah bagi penggal ke-2, Persiden Hu Jintao juga mengemukakan harapannya terhadap kerajaan Makau dan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat. Beliau berkata, "Pertama, harus mengutamakan kepentingan rakyat, meningkatkan taraf pentadbiran kerajaan. Kedua, mendorong perkembangan ekonomi Makau dengan stabil dan sihat. Ketiga, melatih tenaga profesional dalam pelbagai bidang supaya memenuhi keperluan perkembangan Makau. Keempat, memelihara keamanan dan kestabilan masyarakat serta mewujudkan keharmonian hidup rakyat."