Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-24 12:55:38    
Bandar Chongqing Giat Buka Pintu kepada Luar

Agensi Berita China

Bandar Chongqing seluas 82 ribu kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 31 juta orang, ia merupakan salah sebuah bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat China.

Dasar buka pintu dilaksanakan agak lewat Chongqing kerana bandara itu terletak di kawasan pedalaman barat daya China. Datuk bandar Chongqing, Wang Hongju menyatakan Chongqing masih lemah dalam usaha membuka pintu kepada luar. Sehubungan itu, kerajaan Chongqing telah mengemukakan strategi "ekonomi dan perdagangan luar secara besar-besaran" yang mengutamakan perdagangan import-eksport, menarik pelaburan dan mengadakan kerjasama teknologi antarabangsa.

Demi menjana ekonominya secara terbuka, kerajaan Chongqing telah melaksanakan pelbagai tindakan untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur dan kehidupan peniaga asing, antaranya membina hospital antarabangsa dan sekolah antarabangsa, menambah penerbangan awam dan lain-lain.

Selain itu, bandar Chongqing juga giat mengembangkan industri pengedaran komoditi, menubuhkan kemudahan komunikasi serta mewujudkan mekanisme penyelarasan antara jabatan kastam, pelabuhan, pemeriksaan dan perdagangan.

Dalam "Laporan Iklim Pelaburan China" yang dikemukakan oleh Bank Dunia baru-baru ini, bandar Chongqing dikenal pasati sebagai "bandar yang berkembang paling pesat" di China.

Di samping itu, usaha pertukaran sosial dan kebudayaan dengan luar juga dijalankan dengan lancar oleh badan kerajaan Chongqing. Kerajaan Kamboja telah membuka konsulatnya di Chongqing pada 11 Disember lalu selepas kerajaan Jepun, Kanada dan Britain.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak kastam Chongqing, jumlah import-eksport Chongqing semenjak bulan Januari hingga November tahun ini telah mencapai 3.5 bilion Dolar Amerika, meningkat lebih 50% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.