China telah mencapai taraf yang agak maju di dunia dalam bidang arkeologi dengan menggunakan teknologi digital. Pada pertengahan dan penghujung tahun 1980-an, Institusi Kawalan Jauh Akademi Sains China telah memulakan kerjasama dengan jabatan arkeologi tempatan menjalankan penyelidikan kawalan jauh terhadap pelbagai tapak sejarah termasuk Tembok Besar Kuno di kawasan sekitar Beijing, kota kuno di Kaunti Shou Provinsi Anhui, tapak Dataran Zhenjiang dan lain-lain.
Mulai 1990-an, China telah menjalankan penggambaran kawalan jauh menggunakan kapal terbang di kawasan hilir sungai Yangtzer, kawasan sekitar Tasik Taihu, tapak sejarah Yinxu Anyang yang bersejarah kira-kira 3000 tahun yang lalu di Provinsi Henan , Kota Changan semasa Dinasti Han iaitu kira-kira 2000 tahun yang lalu, kawasan Luoyang, tembok lama di kawasan Chifeng dan makam zaman purba.
----AZMI 1 2 3
|