Menurut berita CRI, Presiden China Hu Jintao di Beijing semalam melahirkan harapan supaya ahli sains dan teknologi China bertolak dari permintaan pembangunan negara dalam jangka masa panjang mengintensifkan kajian sains asas, untuk mencapai kejayaan dalam aspek yang tertentu.
Demikian dinyatakan oleh beliau semasa menziarahi 2 orang ahli sains China yang sudah memberi sumbangan luar biasa. Di samping itu, beliau juga berharap ahli sains dan teknologi meningkatkan penerokaan dan pempopularan dalam aspek teknologi kegunaan supaya kejayaan teknologi tersebut dapat digunakan dalam pengeluaran.
Beliau menambah, China mengalu-alukan pelajar dan sarjana yang meuntut di luar negara memberi sumbangan bagi pembangunan China dalam pelbagai bentuk.
|