2 syarikat pelaburan milik negara Beijing iaitu Syarikat Pelaburan Penerokaan Tenaga Elektrik Antarabangsa Beijing dan Syarikat Pelaburan Beijing digabungkan menjadi Kumpulan Pelaburan Sumber Tenaga Beijing Berhad secara rasmi semalam.
Berdasarkan maklumat, kos pendaftaran Kumpulan Pelaburan Sumber Tenaga Beijing Berhad mencatat 8.8 bilion Yuan RMB. Kumpulan itu merupakan landasan pelaburan yang mengutamakan pembangunan sistem pembelakan pengeluaran sumber tenaga seperti tenaga elektrik, arang batu, gas dan minyak. Kumpulan itu menguruskan tabung pelaburan tenaga elektrik dan usaha menjimat sumber tenaga kerajaan bandar Beijing serta bertanggungjawab terhadap perancangan strategi perkembangan sumber tenaga Beijing. Setakat akhir tahun 2004, jumlah aset Kumpulan itu akan mencatat 26 bilion Yuan RMB. Kumpulan itu akan menjadi perusahaan sumber tenaga Beijing utama.
Naib Datuk Bandar Beijing Encik Qu Hongxiang menyatakan, pembentukan Kumpulan Pelaburan Sumber Tenaga Beijing Berhad merupakan kejayaan penting pembaharuan aset milik negara di bandar Beijing.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Pelaburan Sumber Tenaga Beijing Berhad Puan Li Fengling memberitahu wartawan, pelaburan kumpulan itu mengutamakan bidang sumber tenaga elektrik, teknologi tinggi, pelaburan penyelenggaraan perusahaan, kewangan dan sekuriti. Menurut maklumat beliau, kumpulan itu telah melaburkan dalam lebih 20 projek tenaga elektrik, bertanggungjawab terhadap bekalan 70% tenaga elektrik dan 79% tenaga kepanasan purata tahunan di bandar Beijing. Kumpulan itu menduduki tempat pertama di Beijing dalam bidang keupayaan menghadapi risiko pelaburan dan menduduki tempat kedua dalam bidang pelaburan kewangan di Beijing. Disebabkan sejumlah besar sumber tenaga digunakan di bandar Beijing, sumber tenaga dibekalkan dari tempat lain, struktur sumber tenaga mengutamakan arang batu, pertentangan antara penawaran dengan permintaan hebat, kerajaan bandar Beijing berazam mengubat struktur sumber tenaga dan membentuk sistem pembekalan sumber tenaga yang sempurna.
Menurut Puan Li Fengling, Kumpulan itu akan mengambil tindakan seperti menyusun semula sumber tenaga dan bidang pelaburan, menyempurnakan struktur untuk menyebabkan perusahaan tenaga kepanasan, minyak, sumber tenaga baru dan sumber tanaga yang dapat kitar semula berkembang secara menyelaras, menyediakan jaminan terhadap belakan sumber tenaga, penyempurnaan struktur sumber tenaga dan ekologi alam sekitar di bandar Beijing.
----Ching
|