Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-27 12:13:36    
Kerajaan China Pilih Pegawai secara Terbuka

CRI

Kerajaan bandar Beijing sedang memilih 15 pegawai kerajaan di seluruh negara. Cara pemilihan pegawai seumpama itu sudah biasa dilaksanakan di pelbagai tempat di China. Pakar Institut Pentadbiran China berpendapat, memilih pegawai secara terbuka merupakan tindakan penting bagi kerajaan China meningkatkan kualiti pegawai dan keupayaan pengurusan kerajaan. Pada masa ini, usaha itu sedang dilaksanakan dengan mantap di China.

Cara tradisional kerajaan China memilih pegawai ialah melatih tenaga profesional simpanan. Apa bila ada jawatan kosong, badan pimpinan akan memilih dan melantik tenaga profesional setelah memeriksa berdasarkan keperluan. Prosedur pemeriksaan cara ini tegas, penilaian terhadap kakitangan biasa yang diperlukan, namun pemilihan cara ini kecil bilangannya dan tidak terbuka. Sehubungan dengan itu, sejak tahun 1990-an, pemilihan pegawai secara terbuka dilaksanakan di beberapa tempat di China, semua orang yang berkelayakkan berpeluang menyertai pemilihan. Cara terbuka bermakna dalam proses pemilihan pegawai, jawatan, standard, prosedur dan keputusan akan diumumkan. Pegawai yang dipilih secara terbuka ialah pegawai yang pangkatnya timbalan ketua pengarah atau di bawah peringkatnya.

Kerajaan China juga mengeluarkan "Peraturan Sementara Pemilihan secara Terbuka Pegawai Parti dan Kerajaan" pada separuh tahun pertama tahun ini. Berdasarkan Peraturan itu, kerajaan tempatan pelbagai peringkat harus memilih pegawai secara terbuka berperingkat-peringkat.

Profesor Zhu Lijia dari Institut Pentadbiran Negara China menyatakan, dalam tempoh lebih 10 tahun lalu, kerajaan China telah berkembang maju dengan mantap dalam bidang pemilihan pegawai secara terbuka. Usaha itu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kualiti pegawai dan keupayaan pentadbiran kerajaan. Beliau berkata,

"Dalam tempoh lebih 10 tahun kebelakangan ini, kualiti pegawai kerajaan dalam pelbagai bidang seperti moral, professional, pencapaian kejayaan dalam kerjanya meningkat dengan pesat. Kemajuan ini disebabkan pelaksanaan pemilihan pegawai secara terbuka dan sistem penggunaan tetaga profesional."

Menurut beliau, cara pemilihan secara terbuka meliputi pemilihan secara terbuka dalam seluruh masyarakat dan pemilihan dalam badan kerajaan. Berdasarkan statistik, setakat kini, 30% pegawai yang pangkatnya timbalan ketua pengarah atau di bawah peringkatnya dipilih secara terbuka di China setiap tahun.

Pada masa ini, prosedur pemilihan pegawai secara terbuka yang ketat telah dibentuk di China. Peraturan terperinci telah ditetapkan terhadap memaklumkan pengumuman pemilihan, mendaftar nama, melaksanakan pemeriksaan kelayakan dan lain-lain. Apabila memilih pegawai, kualiti moral dan keupayaan calon akan diutamakan. Moral bermakna sama ada calon itu taat setia kepada negara dan penyempurnaan orang perseorangan; manakala keupayaan meliputi keupayaan penganalisisan, permasalahan pergaulan dan pengurusan.

Profesor Zhu Lijia dari Institut Pentadbiran Negara China menyatakan, untuk memajukan politik demokratik China, beliau mencadangkan kerajaan harus meningkatkan usaha pemilihan pegawai sebagai ketua jabatan secara terbuka. Beliau berkata,

"Penentuan dan prosedur harus dilaksanakan untuk memilih pegawai sebagai ketua jabatan secara demokratik dan terbuka merupakan isu penting dalam pembaharuan sistem personal pegawai China."

----Ching